Assalamualaikum kepada para pembaca blog ku, bagaimanakah penghidupan anda pada hari ini? adakah bahagia atau sebaliknya.
Entry kali ini ingin menceritakan tentang kepentingan nasyid didalam sebuah Universiti Swasta yang dipandang tinggi oleh mereka yang berada dilapangannya. Seperti yang anda ketahui Nasyid ini merupakan satu medium dakwah yang paling berkesan kepada mereka yang menghayatinya. Apabila saya menyertai PPI matlamat utama saya adalah untuk mengembangkan industry nasyid di UNITEN yang tercinta ini, walaupun diketahui sebahagian daripada pelajar-pelajar ini datang dari latar belakang keluarga yang berada dan sepertinya jarang sekali mereka membiasakan diri dengan lagu-lagu keugamaan seperti ini. Tapi Alhamdulillah jangkaan saya tidaklah seteruk yang saya gambarkan walaupun varsiti ini agak ketinggalan didalam area seni dakwah dan diatas usaha rakan-rakan seperjuanga dan juga Ustaz yang dikasihi maka kami berjaya juga mengetengahkan dengan langkah pertama iaitu dengan menubuhkan unit seni dakwah yang dipanggil sebagai 'Lajnah Sukan dan Kesenian Islam' atau SKI dimana unit ini akan bertanggungjawab didalam hal pengurusan nasyid dan dakwah seni.

Pengalaman saya sendiri didalam seni dakwah bermula sebagai pengurus Nasyid yang diberi amanah oleh pensyarahnya, Kumpulan nasyid pertama yang saya pernah urus adalah As-Shouttun Najjah, sebuah kumpulan nasyid gabungan penyanyi lelaki dan perempuan di Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka. Kumpulan yang mempunyai kekuatan seramai lima orang lelaki dan enam orang perempuan telah mendapat perhatian dari seluruh pihak termasuk mendapat jemputan dari luar. Kumpulan ini telah menempa nama di peringkat yang tinggi sehinggakan mereka dipanggil untuk mengadakan persembahan untuk majlis penutupan Konvokesyen KPM Se-Malaysia yang diadakan dimelaka tidak lama dahulu. Kemudian apabila saya menamatkan pengajian di KPM pada awal bulan May 2011 saya telah memasuki UNITEN untuk meneruskan perjuangan untuk IJAZAH Human Resource dan tidak lama kemudian saya dan bersama jemaah Ahli Majlis Tertinggi dan Exco telah menubuhkan AS-Syabab dan AN-Nisa dibawah kelolaan SKI.


dimana kami telah membuat persembahan pertama di dalam Program You Are What You Eat dimana dengan kekuatan seramai lima orang dan dibantu dengan Abang Afnan telah berjaya mempersembahkan Nasyid yang bertajuk 'Nur Syahadah' versi Acappella. Ini adalah hasil daripada 2 sesi ujibakat yang telah dilaksanakan di UNITEN ini.
Alhamdulillah semoga perjuangan dakwah ini akan tetap terus bersinar di bumi UNITEN ini inshaAllah.