About Me

My photo
Assalammualaikum wbkth. Salam perkenalan dan salam sejahtera kepada semua, Alhamdulillah saya merupakan seorang muslim yang bernama Hilman dan mempunyai diploma dan sekarang sedang meneruskan perjuangan dalam mencari ilmu di Universiti Tenaga Nasional Kshas didalam pengkhususan Pengurusan sumber manusia. Saya juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pengajian Islam disini. Saya merupakan seorang sentiasa bersedi berkongsi pendapat dan menerima pendapat dari orang lain. Selamat berkenalan.

Friday, May 25, 2012

Diantara Pak Anwar atau Pak Najib

Assalammualaikum para pembaca blog yang amat ku muliakan. Sudah hampir beberapa minggu blog ini tidak dihupdate!!.. Yalah sibuk saja dengan final exam dan aktiviti berpersatuan sehingga tiada masa untuk melakukan pekerjaan ini.

Pertamanya pada cuti yang lepas TP1 berkesempatan untuk menyertai aktiviti jualan untuk Intake baru ini .. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan berterimakasih kepada saudara Bijan kerana berjaya menjalankan program dengan jayanya. Diantara kenangan TP1 yang paling tidak dilupakan apabila saat menyiapkan barangan untuk didagangkan kepada orang ramai, memang havoc habis dan dari situlah TP1 merasakan apa yang dinamakan sebagai Ukhwah Fillah! Ya kerana sememangnya ukhwah yang dapat dirasai waktu itu memang manis sekali.






Kedua.Bagaimana dengan keputusan semester anda semua? adakah Mumtaz! InshaAllah TP1 mengharapkan yang terbaik daripada korang semua. Saling-salinglah berdoa supaya apa yang dihajati dikabulkan Illahi. TP1 punya result? well adakalanya saat kita diatas dan dibawah, apa yang TP1 rasakan sekarang adalah TP1 dibawah. InshaAllah rezki itu tidak akan kemana-mana, Just have faith ok?!


Ketiga.Alhamdulillah TP1 punya application SPR telah DiLULUSkan maka dengan rasmi TP1 adalah sebahagian daripada pemilih untuk PEMILU @ PRU13 yang akan datang. Banyak isu yang perlu difikirkan..Soal Rasuah berbilion Ringgit, ketirisan wang, lembu dan yang paling penting perkara yang memberikan kesan kepada kehidupan TP1 adalah isu PTPTN. Tengok sahaja program debat Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR), anda dah boleh menilaikan kerelevenan isu yang dibawa. Sekarang anda yang akan menentukan.


Yang terakhir. Ramai yang menunggu-nunggu bila Yang Berhormat Perdana Menteri akan berdebat dengan Ketua Pembangkang Malaysia nie.TP1 antara ratusan ribu warganegara Malaysia yang menantikannya Yalah kita nak tahu kebenaran dan TP1 yakin bahawa rakyat Malaysia sudah semakin matang dalam menentukan perkara yang baik dan buruk. Memandangkan TP1 sudah bergelar pemilih maka TP1 terpaksa memilih diantara DSNR atau DSAI? Dua-dua TP1 hormat tapi maaf para pemimpin ku.. daku hanya boleh UNDI SATU jer.. huhuhu.

Diantara Pak Anwar atau Pak Najib yang manakah yang menjadi Pilihanku...