About Me

My photo
Assalammualaikum wbkth. Salam perkenalan dan salam sejahtera kepada semua, Alhamdulillah saya merupakan seorang muslim yang bernama Hilman dan mempunyai diploma dan sekarang sedang meneruskan perjuangan dalam mencari ilmu di Universiti Tenaga Nasional Kshas didalam pengkhususan Pengurusan sumber manusia. Saya juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pengajian Islam disini. Saya merupakan seorang sentiasa bersedi berkongsi pendapat dan menerima pendapat dari orang lain. Selamat berkenalan.

Wednesday, February 29, 2012

CARTA DAKWAH :)



INI ADALAH CARTA DAKWAH YANG USTAZ RUSLI BAGI HARI TUU ... BOLEH BUAT RENUNGAN DI MANA KITA SEKARANG...
Daie


Kebanyakan daie dia bermula dari bawah… Dia bermula dengan dirinya ditarbiyah, bermula dengan mendapat input… Bermula dengan seorang yang sangat humble, yang sanggup tunduk dan dengar segala jenis perkongsian dan peringatan yang diberikan oleh semua orang… Kemudian setelah sekian lama barulah dia mula menyampaikan input dan ilmu yang dia dapat itu kepada orang lain….


Pada tahap awal ketika masih belajar…. Seorang daie itu mungkin akan berfokus kepada mengajak kawan-kawannya yang lain untuk mengikuti tarbiyah…. Kerana tarbiyah itu sudah mengubahnya dan dia meyakini bahawa perjuangan Islam ini perlu bermula dengan mentarbiyah individu… Dia mula membawa usrah dan mula memberi pengisian di daurah-daurah….


Sehinggakan pada satu masa… Kadang kala dia begitu sibuk membawa usrah sehingga pukul 1-2 pagi…. Sehinggakan keesokan harinya qiyamullail dan subuh berjemaah terabai…. Dia begitu sibuk belajar di siang hari…. Sehingga dhuha dan solat jemaah tidak dijaga… Dia begitu sibuk dengan meeting dan assignment di malam hari… Sehinggakan bacaan Quran entah ke mana….


Akhirnya pada suatu hari ketika dia membawa usrah…. Dia merasakan usrahnya rasa tak best… Rasa kacau bilau… Rasa seperti apa yang disampaikannya hanya menjadi pengisian-pengisian kosong…. Lebih tak best kadang kala mulutnya tergagap…. Tidak dapat nak menyampaikan pengisian dan pendapat secara lancar…. Dari semasa ke semasa pula dirasakan anak usrahnya tidak serius…. Suka bergurau berlebih-lebihan…. Pembentangan tidak dibuat dengan baik…. Mesej juga kadang kala tidak direply…


Dia mula ‘memuhasabah’ anak usrahnya…. Merasakan anak usrahnya begitu teruk kerana masih bermain-main setelah sekian lama mengikuti tarbiyah…. Masih tidak reti untuk membentang pengisian dengan baik…. Namun dia turut muhasabah dirinya yang tidak membuat persediaan usrah dengan baik….


ketika di daurah pula…. Dia mula merasakan daurah itu seperti cair… Suasana daurah tersebut tak best… Tidak mengancam seperti daurah yang pernah dia lalui dahulu….. Sudah tidak ada orang yang menangis air mata keinsafan selepas daurah…. Yang dilihat hanyalah gelak tawa ketika waktu makan dan muka-muka yang tunduk mengantuk ketika pengisian


Dia mula ‘muhasabah’ AJK Daurah…. Dia mula merasakan AJK daurah tidak reti menguruskan daurah… Dia menegur AJK masakan kerana tidak bersedia untuk masak dengan awal… Dia menegur AJK pengisian kerana memberikan pengisian-pengisian yang dirasakannya ‘cair’, tidak ‘best’ atau tidak ‘tarbawi’…. Lebih teruk lagi kadang kala dia menyalahkan qiyadah kerana ‘menetapkan’ daurah sebegitu rupa…. Namun kadang-kala dia juga memuhasabah diri… mungkin dia punya slide pembentangan tadi kurang menarik….


Ikhwah Akhawat
Itulah seorang daie yang sudah mula terpesong, terlupa arah tuju
Daie yang mula merasakan hasil dakwahnya, adalah terletak pada tangannya
Daie yang mula merasakan… Kejayaan dakwah itu terletak pada faktor-faktor duniawi
Terletak pada pengisian, terletak pada struktur gerak kerja, terletak pada kepetahan kata-kata


Sedangkan ikhwah akhawat
Kejayaan dakwah itu terletak pada Allah
Jika Allah ingin berikan kejayaan kepada dakwah kita…
Maka Dia akan melancarkan mulut kita dalam berkata-kata
Dia akan memudahkan gerak kerja kita
Dia akan mencampakkan hidayah ke dalam hati mad’u-mad’u kita


Tapi jika Allah inginkan kegagalan untuk dakwah kita
Maka Allah akan mendatangkan ‘bala’ kepada dakwah kita dari apa-apa saja cara dan sudut…


Ikhwah Akhawat
Pada saat hilangnya Allah daripada kehidupan kita…..
Pada saat hilangnya tawakkal kita kepada Allah…
Pada saat kita sudah tidak meletakkan Allah sebagai no 1 di dalam matlamat dan kebergantungan kita


Pada saat itulah dakwah kita akan mula kehilangan pertolongan daripada Allah
dan janganlah mimpi…. untuk dakwah ini menang
jika tidak mendapat pertolongan daripada Allah


Adakah kita sudah lupa janji kita setiap hari?
Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in
“Hanya kepada Engkau kami sembah… dan hanya kepada engkau kami meminta tertolongan…”




Izzuddin Yussof
Economics and Actuarial Science
University of Southampton
http://www.izzuddinyussof.com


gambar hiasan sahaja :)



Sunday, February 19, 2012

Isu Semasa: Pandangan,Hubungan dan 'Orang Baru'

Assalammualaikum


Apa khabar sahabat-sahabat didalam Majlis Tertinggi dan Exco, Bagaimana trip anda ke perkampungan orang asal adakah ia menyeronokkan? InshaAllah semoga anda mendapat pengajaran sepanjang program berlangsung.


Malam ini entry saya akan memfokuskan kepada pendapat saya mengenai beberapa keputusan yang telah dipersetujui oleh majlis syura.


Pertama ialah Perbezaan pandangan. Sudah semestinya apabila kita berada didalam jemaah pasti akan ada pelbagai reaksi atau sumbangan pandangan dari pelbagai pihak dan pastinya akan berlaku pengcanggahan didalam memberi pendapat apabila ia tidak disenangi atau dipersetujui oleh pihak-pihak yang lain. Antara cara untuk menyelesaikannya ialah dengan berbincang mengenai pendapat tersebut secara berulang-ulang untuk mendapat pandangan yang realistik dan optimistik supaya ia dapat diterima oleh semua pihak.


Kedua ialah Hubungan. Dalam jemaah pasti memerlukan perhubungan yang mantap diantara pentadbiran-persatuan-pentadbiran agar segala program dan pekerjaan dapat diselesaikan didalam keadaan yang cepat dan tidak menyusahkan ramai orang, lebih-lebih lagi didalam keadaan yang terdesak dengan kehadiran perhubungan ini InshAllah segala pekerjaan akan menjadi lebih cepat dan tepat. Hubungan juga perlu dieratkan diantara Ahli saf pimpinan dan kumpulan penasihat supaya segala program yang dijalankan dapat diketahui oleh penasihat dan mereka boleh memberikan nasihat yang membina.


Ketiga ialah Masalah orang baru. Simptom 'orang baru' telah menjadi suatu fenomena apabila ia dikaitkan dengan ketidak-kecekapan, lemah dalam tadbir-urus dan ketidakepercayaan. Bagi saya simptom ini haruslah diselesaikan dengan latihan dan dorongan yang lebih supaya mereka ini tidak ketinggalan didalam gerak kerja jemaah, berikan kepercayaan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah dan membuktikan bahawa mereka juga boleh melakukan yang terbaik. Ringkasanya adalah KEBOLEHKEPERCAYAAN.


Begitulah ulasan saya untuk malam ini, badan sudah terlalu letih besok ada kelas.


Wasalam.






10 negara yang diiktiraf mempunyai rakyat paling berpendidikan di seluruh dunia

Berikut adalah senarai 10 negara yang diiktiraf mempunyai rakyat paling berpendidikan di seluruh dunia. Laporan oleh OECD

1. Kanada
50% atau separuh warga Kanada berkelulusan universiti. Satu rekod yang sangat tinggi..berbanding Malaysia yang hanya 15% berkelulusan universiti. Bahasa pengantar utama pendidikan di Kanada adalah Bahasa Inggeris dan Perancis…..(wilayah Quebec dan New Brunswick menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa ilmu dari peringkat tadika hingga universiti)

2. Israel
45% warga Israel berkelulusan Universiti. Bahasa pengantar utama adalah bahasa Hebrew..namun pelajar juga diwajibkan lulus bahasa Inggeris dan Arab.

3. Jepun
44% warga Jepun berkelulusan universiti…dan Jepun hanya menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dari peringkat tadika hingga ke universiti. Namun pelajar digalakkan belajar bahasa asing seperti Korea,Cina,Inggeris,Jerman dan Russia.

4. Amerika Syarikat
41% warga Amerika berkelulusan universiti. Bahasa pengantar utama adalah bahasa Inggeris…namun ada sekolah di Amerika khususnya di negeri selatan seperti New Mexico, Florida, Arizona dan Texas menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantar.

5. New Zealand
40% warga New Zealand berkelulusan universiti. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar utama.

6. Korea Selatan
39% warga Korea Selatan berpendidikan universiti. Korea Selatan hanya menggunakan bahasa Korea sebagai bahasa pengantar utama di sekolah hingga ke universiti…namun pelajar digalakkan menguasai bahasa asing seperti Inggeris, Cina, Russia, Jepun dan sebagainya.

7. Norway
37% warga Norway berpendidikan tinggi. Norway juga menggunakan bahasa Norway sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah hingga universiti…namun pelajar diwajibkan lulus sekurang-kurangnya satu bahasa asing.

8. United Kingdom
37% warga Britain juga berpendidikan tinggi. Bahasa utama semestinya bahasa Inggeris…namun di Scotland dan Wales..ada usaha menjadikan bahasa Scottish dan Welsh sebagai bahasa pengantar utama di sekolah dan universiti terutama selepas Scotland dan Wales mendapat kuasa autonomi ekoran daripada “devolution of British Parliament”.

9. Australia
37% warga Australia berpendidikan tinggi dan bahasa utama adalah bahasa Inggeris. Australia juga dipuji kerana pada masa sekarang Australia adalah negara yang menjadi tumpuan pelajar antarabangsa.

10. Finland
37% warga Finland berpendidikan universiti.,.dan negara Finland hanya menggunakan bahasa Finland sebagai bahasa pengantar utama di sekolah hingga universiti.

Sumber : briged-akhdor.blogspot.com

Saturday, February 18, 2012

Masalah dalam Jemaah!?

Assalammualaikum

Apa khabar orang kampung? ada sihat kah?. Hari nie amat bosan sebab tidak ada pekerjaan untuk dibuat jadi sambil menonton cerita 'I <3 Papa', Saya terfikir nak masukkan satu entry lagi hari nie.

Masalah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka ialah masalah (kata nama)
Bersinonim dengan kesulitan,kerumitan, kesukaran,kemusykilan, persoalan, isu, hal;, Jadi Masalah ini akan timbul pada setiap masa tanpa mengira waktu dan tempat.

Bila masalah timbul dikalangan jemaah, apa yang kita perlu buat? adakah dengan mendiamkan diri dapat menyelesaikan masalah atau dengan mengambil tindakan? pasti kita akan mengambil tindakan, yang penting tindakan itu diambil dengan cara berhemah dan tidak melukai mana-mana pihak. Ada yang datang merungut kerana menyesali atas diri kerana tidak dapat menangani masalah. Bagi saya itu norma, kerana kita ini manusia jadi tidak terlepas dari bebanan masalah yang dihadapi dan sebagai orang Islam kita harus berfikir bahawa itu merupakan ujian dari Allah kepada ummatnya.

Semoga Allah permudahkan usaha kita untuk memberikan kebaikan kepada semua.

TAKBIR!!


Ukhwah dalam Pimpinan :)

Assalammualaikum.

Hari ini merupakan hari pertama saya untuk mengutarakan pendapat saya secara bebas dan merdeka. InshaAllah semoga apa yang disampaikan dapat dijadikan pengajaran buat diri ini dan sahabat-sahabat yang lain.

Selalunya pasti akan ada masalah bila kita bekerja didalam jemaah terutama jemaah besar seperti Persatuan Pengajian Islam ini. Ada yang terlalu konservatif, ada yang berpandangan jauh, dan ada juga yang mementingkan tradisi-tradisi yang sedia ada didalam jemaah tersebut. Maksudnya terdapat pelbagai jenis dan reaksi manusia ynag berbeza didalam jemaah.

Bagi saya yang tidak seberapa pandai ini, itu boleh diselesaikan dengan syarat ia hendaklah berhemah dan relevan dengan keadaan semasa. Saya teringat pula kata-kata Ustaz Nasrudin Hassan melalui facebooknya yang berbunyi;

"Citarasa makan kita sangat berbeza. Saya minat Nasi kerabu sementara anda mungkin minat Nasi lemak. Kita akan temui 1001 citarasa yang berbeza dari kalangan kita meskipun satu jamaah, tetapi kita sama citarasa pada prinsipnya iaitu halal. Atas prinsip halal, kita boleh bertemu di satu restoran dan satu meja walaupun berlainan menu yang dinikmati. 
Malah kita mampu berbual mesra dan panjang di kedai kopi meskipun menu minuman kita berbeza antara satu sama. Ya ! kita boleh bertemu kerana Halal sedang Halal itulah yang menjadi prinsip Islam. Islam mengajar kita mencari yang halal bukan mengajar kita resepi makanan yang pelbagai.
Begitulah nilai sebuah pandangan. Kenapa kita sukar menerima pandangan yang berbeza dengan kita sehingga sukar kita duduk semeja ? Kita akan temui 1001 bentuk pandangan yang berbeza antara satu sama lain tetapi kita boleh bertemu di satu meja selama mana pandangan itu tidak terpesong dari prinsip Islam atau bertentangan dengan nas syara'.
Marilah kita meluruskan sikap kita, membetuli kehendak syariat Islam."

Begitulah pahit manis bila berjemaah banyak pancaroba dan dan dugaan yang perlu dihadapi dan didengari.. harap anda dan saya yang hina ini dapat menghadamnya dengan baik dan inshaAllah kita akan lakukan yang terbaik..

Blog Baru Saya.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah memberi peluang kepada saya untuk kembali sebagai bloggers yang on/off. Mudah-mudahan blog saya pada kali ini akan berterusan untuk memberikan input yang terbaik bagi mereka yang membacanya. 


Perjuangan Untuk Agama.


wassalam.