Assalammualaikum
Apa khabar sahabat-sahabat didalam Majlis Tertinggi dan Exco, Bagaimana trip anda ke perkampungan orang asal adakah ia menyeronokkan? InshaAllah semoga anda mendapat pengajaran sepanjang program berlangsung.
Malam ini entry saya akan memfokuskan kepada pendapat saya mengenai beberapa keputusan yang telah dipersetujui oleh majlis syura.
Pertama ialah Perbezaan pandangan. Sudah semestinya apabila kita berada didalam jemaah pasti akan ada pelbagai reaksi atau sumbangan pandangan dari pelbagai pihak dan pastinya akan berlaku pengcanggahan didalam memberi pendapat apabila ia tidak disenangi atau dipersetujui oleh pihak-pihak yang lain. Antara cara untuk menyelesaikannya ialah dengan berbincang mengenai pendapat tersebut secara berulang-ulang untuk mendapat pandangan yang realistik dan optimistik supaya ia dapat diterima oleh semua pihak.
Kedua ialah Hubungan. Dalam jemaah pasti memerlukan perhubungan yang mantap diantara pentadbiran-persatuan-pentadbiran agar segala program dan pekerjaan dapat diselesaikan didalam keadaan yang cepat dan tidak menyusahkan ramai orang, lebih-lebih lagi didalam keadaan yang terdesak dengan kehadiran perhubungan ini InshAllah segala pekerjaan akan menjadi lebih cepat dan tepat. Hubungan juga perlu dieratkan diantara Ahli saf pimpinan dan kumpulan penasihat supaya segala program yang dijalankan dapat diketahui oleh penasihat dan mereka boleh memberikan nasihat yang membina.
Ketiga ialah Masalah orang baru. Simptom 'orang baru' telah menjadi suatu fenomena apabila ia dikaitkan dengan ketidak-kecekapan, lemah dalam tadbir-urus dan ketidakepercayaan. Bagi saya simptom ini haruslah diselesaikan dengan latihan dan dorongan yang lebih supaya mereka ini tidak ketinggalan didalam gerak kerja jemaah, berikan kepercayaan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah dan membuktikan bahawa mereka juga boleh melakukan yang terbaik. Ringkasanya adalah KEBOLEHKEPERCAYAAN.
Begitulah ulasan saya untuk malam ini, badan sudah terlalu letih besok ada kelas.
Wasalam.
About Me
- Nursyazry Hilman
- Assalammualaikum wbkth. Salam perkenalan dan salam sejahtera kepada semua, Alhamdulillah saya merupakan seorang muslim yang bernama Hilman dan mempunyai diploma dan sekarang sedang meneruskan perjuangan dalam mencari ilmu di Universiti Tenaga Nasional Kshas didalam pengkhususan Pengurusan sumber manusia. Saya juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pengajian Islam disini. Saya merupakan seorang sentiasa bersedi berkongsi pendapat dan menerima pendapat dari orang lain. Selamat berkenalan.
Sunday, February 19, 2012
Isu Semasa: Pandangan,Hubungan dan 'Orang Baru'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment